Salam kwn2. aku dah tertido dpd pukul 10 malam td, terbgn pkl 3 lbh.. keje banyak x siap.. hihi...
Pastu aku bukak ym, kebetulan ada plak sorg kawan ni buzz. So chatting la ngan dia kejap. Isunya ialah poligami. Haaa.. korang guys suka la kan? Hahah.. takpe2.. memang tak dilarang pun.
Aku memang tak penah kata yg poligami tu tak baik, apatah lagi nak menentang hukum tu. Lagi satu, tak terlintas pun kat hati ni nak masuk dalam group2 anti-poligami tu.
Cuma sebagai perempuan, untuk bersedih bila suami tu terpaksa dishare ngan orang lain, adalah tak salah jugak kan? Tapi kawan aku tu kata.. kalau bersedih maknanya tak redha. Aihh.. takkan la bersedih pun salah kot. Sedangkan Allah izinkan untuk perempuan kata taknak bila suaminya kata nak kawin lain. Cuma suaminya tak perlulah patuh kalau dia memang nak kawin jugak.
Tapi biasalah kan.. kalau lelaki tu namanya lelaki lah jugak. "Sunnah nabi" tu jadi macam lesen walhal sunnah2 yang lain tak pernah plak diperdulikan. Bila sampai ke sunnah yang satu tu, kemain lagi berlumba2. Tak la semua lelaki kan.. segelintir.
"Kenapa perempuan susah sgt nak terima takdir?"
Bukan tak redha, bukan taknak terima takdir. Cuma kadang2 perempuan ni tak dapat fikir kat mana salah dia, kat mana kurangnya dia... tak sempurna ke layanan dia.. tak cukup cantik ke dia.. biasalah, perempuan kan..
Bila perempuan menangis, maknanya hati dia tu luka. Sakit. So dia menangis lah. Tapi bila menangis, lelaki kata taknak terima ketentuan takdir plak. Kalau tak izinkan kata isteri ingkar. Bila dah izinkan, kata tak ikhlas.
Korang penah baca cite Nurjannah tak? aku suruh la kawan aku tu baca. Cuba korang baca.
Then aku cakap la, Nurjannah tu redha, dan dia terima ketentuan takdir. Bila suami dia nak kawin lain, dia sign je.. tak tanya pun sebab apa. Cuma lelaki tu salahgunakan keredhaan isteri dia.
Pastu kawan aku kata, "Nurjannah tu dari awal tak redha, senyum x ikhlas.. so perkahwinan tu dah xde roh".
Dalam cite tu, Nurjannah siap tolong gosokkan baju pengantin suami dia, salam cium tangan, siap pesan jaga diri baik2 kat suami yang nak pegi kawin lain tu. Hari2 dia x abaikan tggjawab dia. Cuma satu je, dalam cerita tu, lepas suami dia kahwin, senyuman Nurjannah jadi hambar. Dah takde senyuman manja.
Kawan aku kata, "kenapa dah takde senyuman manja pulak kalau redha?"
What does a guy expect from a woman? Dah izinkan kawin tu pun salahnya pada perempuan jugak. Senyuman manja tu korang rasa boleh dibuat2 ke? Dah kalau memang takde rasa nak manja2, takkan nak buat2 plak kan.. nanti kang cakap plak "nampak sangat tak ikhlas".
Lelaki selalu kata... susah nak ubah pandangan perempuan ni. Suka ikut emosi.
Betul. Tak ada satu perempuan pun dalam dunia ni yang redha 100% kalau suami dia kawin lain. Kalau izinkan pun, dalam hati dia mesti terluka. Tapi lelaki ni, dia takkan nampak luka tu, air mata isteri dia tu dah tak berapa ada value. Sebab dalam hati dia dah ada orang lain. Kalaupun isteri pertama tu masih ada, mungkin portionnye kat sudut2 je.
Tapi bila cakap pasal ni, hujah dorang yang paling kuat memang tu lah kan.. sunnah nabi.
Betul.. memang sunnah. Tapi pernahkah Rasulullah menggalakkan? Dan ada ke ayat dalam Al-Quran yang menyuruh/menggalakkan poligami ni?
Jawapannya, TIADA.
Poligami ni sebernarnya ialah satu peng'had'an. Bukannya satu penggalakan. Korang boleh baca sendiri kat sini.
Benarkah Poligami digalakkan dalam Islam?
Again, aku tak menolak hukum. Kite bukan anti-poligami. aku tak menentang konsep poligami. Cuma, aku ada hak untuk bersedih kalau kite yang kene kongsi suami kite dengan orang lain.
Lelaki ni cepat lupa kan.. kalau satu masa tu dia kata dia sayang kita, dia takkan duakan kita, kitalah satu2nya... sesungguhnya kenyataan itu hanyalah benar pada waktu ia dilafazkan sahaja. Lepas2 tu dia akan berubah. Love does fade away, doesn't it?
P/S : Kepada lelaki2 yang nak kawin lebih daripada satu tu, you are allowed to. But don't force us to smile when our (woman) heart is crying.
1 comment:
jauhnya teori ni datang..dr uk..huhuhuhu
http://azmie-computers.blogspot.com
http://azmie-funny.blogspot.com
http://azmie-torrents.blogspot.com
Post a Comment