Hari ni tak lah seproduktif mana. Cuma sempatlah aku siapkan apa yang Bob nak untuk paper yang sedang dikerjakan. Macam biasa, I do the technical bits!
Sejak balik dari Paris, baru hari ni lah aku pegi skul. Khamis dan Jumaat lepas dengan selamba-tak-makan-saman nye berehat di rumah menghilangkan keletihan berjalan2. (Owh mama, maafkan anakanda sebab ponteng skolah.. :p )
Kat skul, sewaktu meng'run'kan simulation sambil2 berbual2 dengan sorang kawan, muncul satu soalan,
"Awak rajin tak berdoa?" tanya kawan ni.
Terkedu sekejap. Macamana aku nak jawab soalan ni? "Ye sy rajin.." - nampak macam tipu. "Doa lah jugak sikit2.. " - bunyinya macam doa nak taknak. Macamana aku berdoa selama ni?
Teringat aku macamana mama dan ayah berdoa. Setiap kali berdoa, aku nampak air mata yg bercucuran. Baik mama, baik ayah. Ada satu masa, aku nampak mama dan ayah berjemaah. Aku dengar doa. "Ya Allah, ubatilah luka di hati cahayamata kami.. etc.. etc.. etc..". And I burst into tears. Aku sedih aku menangis, sepatutnya aku berdoa.
Aku nak juga doa sungguh2.. doa macam bercakap dengan Tuhan. Bukan doa yang kelam kabut. Bukan sekadar 'doa default' yg automatik terkeluar setiap kali selepas salam. Apa yg kurang?
Terima kasih kepada yg mengingatkan. :)
Semoga lepas ni, dalam doa ada 'hati'..
2 comments:
a good reminder for u and for me too =)
doa kelam kabut. adoii mcm sy ketika ini juga...hurmm cuba untuk memperbaiki cara berdoa..:)
Post a Comment