27 July 2009

Awak rajin tak berdoa?

Hari ni tak lah seproduktif mana. Cuma sempatlah aku siapkan apa yang Bob nak untuk paper yang sedang dikerjakan. Macam biasa, I do the technical bits!

Sejak balik dari Paris, baru hari ni lah aku pegi skul. Khamis dan Jumaat lepas dengan selamba-tak-makan-saman nye berehat di rumah menghilangkan keletihan berjalan2. (Owh mama, maafkan anakanda sebab ponteng skolah.. :p )

Kat skul, sewaktu meng'run'kan simulation sambil2 berbual2 dengan sorang kawan, muncul satu soalan,

"Awak rajin tak berdoa?" tanya kawan ni.

Terkedu sekejap. Macamana aku nak jawab soalan ni? "Ye sy rajin.." - nampak macam tipu. "Doa lah jugak sikit2.. " - bunyinya macam doa nak taknak. Macamana aku berdoa selama ni?

Teringat aku macamana mama dan ayah berdoa. Setiap kali berdoa, aku nampak air mata yg bercucuran. Baik mama, baik ayah. Ada satu masa, aku nampak mama dan ayah berjemaah. Aku dengar doa. "Ya Allah, ubatilah luka di hati cahayamata kami.. etc.. etc.. etc..". And I burst into tears. Aku sedih aku menangis, sepatutnya aku berdoa.

Aku nak juga doa sungguh2.. doa macam bercakap dengan Tuhan. Bukan doa yang kelam kabut. Bukan sekadar 'doa default' yg automatik terkeluar setiap kali selepas salam. Apa yg kurang?

Terima kasih kepada yg mengingatkan. :)

Semoga lepas ni, dalam doa ada 'hati'..

19 July 2009

Bye-bye I am leaving for Paris

Hari isnin pagi kaki aku akan berpijak di bumi Paris. Maka dengan itu email Bob sudah tidak diperdulikan lagi, hahaha. Tapi baju and tudung sume belum gosok lagi, toiletries x prepare lg, barang x pack lagi. Tiket2 semua dah suruh kak shidah yg tlg simpankan. Semoga kejadian terlepas flight takkan berulang lagi.. muehehhe..

Okay kawan2, mari kita saksikan satu clip yg agak comel.



See u guys when I get back!

17 July 2009

memetik buah

Hari ahad lepas kitorg pegi memetik buah kat area Herefordshire. Sampai ke harini muka aku berbelang, sunburn punye pasal la. Aktiviti memetik buah sangatlah syok, sebab sambil petik sambil masuk mulut... ahaha (keji kan). Kak Shidah ialah photographer of the day, skarang sudah agak pro nampaknye.. hehe.

Tadi aku balik dari skul agak lambat. Bukan sebab buat keje la tapi, ntah hape2 yg aku buat. Sedar2 dah malam. Games kat fb (seperti Farm Town) tu la punye pasal. Bikin gua tak senang duduk untuk concentrate. Esok ni ada meeting dgn Bob pukul 4 petang. Kire ok la kot pegi tghari, sempatlah menyiapkan point2 menggoreng seperti biasa.

Demam MJ ternyata belum habis. Tiap2 malam melayan mv dia lagi. Playlist dalam winamp ni still lagi lagu2 MJ, semata2 MJ. Bob kata, ini sangat teruk.. haha.

Ni ada gambar2 memetik buah (dan berposing) untuk tatapan korang sebelum I'm off to bed!





15 July 2009

I am back!

Owh sangat kesian kan dengan blog ni, telah lama ditinggalkan. Last entry bertarikh 19 May, maknanya dah dekat 2 bulan ni aku mendiamkan diri. Sori ye kawan2.

Bulan May aritu sangat lah bz, mmg bz keterlaluan sampai terpaksa melakukan aktiviti luarbiasa iaitu berada di skul sampai pagi.. haha, sangatlah bukan efa kan. Semua pasal reviva la tu, skarang Alhamdulillah semua dah lepas (dah lepas sejak 11 june lagi :p ).

Lepas kebizian melanda tu, berita kematian Michael Jackson tersangatlah membuatkan aku tibe2 berdukacita. Sebelum tu siap ada niat nak beli tiket konsert MJ dpd si bobo. Nampaknya mmg tak kesampaian la sampai bile2 kan. Takpe la, dah ada 5 dvd dalam simpanan (maaf ye cik2 housemates kerana mengulangtayang berkali2.. haha.

Apa la kbr member2 yg lain eh? Banyak tahniah yang belum disampaikan ni. Rasanya lg senang kalau aku listkan je:

1. Tahniah untuk Kak Shida sebab dapat kerja baru kat Perak.. mestiii hepi kan dapat duduk dekatt kampung.. hehehe. Kene mintak belanja ni.... :p

2. Tahniah untuk Kak Ct atas kelahiran hero yg comel, dgr cerita kak Ct dah dapat mengajar kan, tahniahhh tau. (nak tgk babyyy :p )

3. Tahniah untuk Alya Marlina n her husband on their wedding, semoga bahagiaa dunia dan akhirat..

4. Kak Enu, tak sure dah deliver ke belum, tapi kalau dah nak ucapkan tahniah la jugak.. hehe. Teringin nak tengok anak buah baru.. :p

5. Tahniah yg terlewat untuk acam jugak.. hehehehe.. ibu Darwish dah jadi cekguuuuuuu..

6. Tahniah zila.. on her wedding (dah lama dah, tapi rasanya belum ucap tahniah lagi). Zila, dah ada berita gumbira lum?? heheheheeh


Note : kalau ada yg tertinggal akan di update kemudian.

19 May 2009

i miss'em!

Aku bukan la takde keje. In fact baru habis meeting tadi dengan Bob and Nick. Tapi tadi saje2 je tengok friendster adik2 aku. The old pictures make me smile.. ;) Gambar2 yang tak berapa 'old' pun but not that recent jugak..


masa ni tahun 2007, cuti2 dalam negeri sahaja.. haha. Ayah memang suka buat gaya macho sebegitu. Aku tak tau la ayah malu nak tengok camera ke apa. Tapi setiap kali orang nak snap mesti nak tengok tempat lain.. aihh..


Ini budak kakcik. Ni gamba 3 tahun lepas kot. Degil budak nih kekadang.. tp manja terlebih.. haha. Tapi dia ada keupayaan yang tinggi untuk buat dek je walaupun time kene marah. Kental btl.. :p She's now in her industrial training kek Soromban jo..

Ni budak kakteh... gamba time dia form 3. Sangatlah outspoken. Pastu kalau cakap jenis yang high pitch punye.. haha. Sangat suka jugak bergaduh dgn ayah and mama. Setiap kali gaduh tu mesti dia yang merajuk ataupun ayah yg merajuk. Dia ni pun manja tak hingat jugak. Kat skolah dulu abes semua jenis tok nenek punye syarahan, pidato, debat, sajak, pantun even syair pun dia blasah, sbb tu ler mulut dia bising sket kot. Tapi kalau dia takde, rumah tu macam sunyi. Dia jugak yg paling ustazah skali.. heheeh.

Haaa yg ni sekarang dah macho. Kecik2 debap. Ni gamba 2 tahun lepas jugak ni. Sekarang seriusss sudah hensem adik heroku ni. Dia sgt sweet and cute. Selalu telefon aku guna italk daripada public phone skolah dia. Sangatlah terharu.
Owh how I miss them soooo much!

14 May 2009

Bob yang comel

Esok ada meeting dengan Bob pukul 1. Aku tak tau la apa benda nak discuss ni. Takkan borak2 kosong kot.

Haa.. aritu Alya suruh letak gambar Bob, dia nak tengok. Gamba yang ada Bob aku ada satu je, tu pun gamba ramai2 masa pegi Vienna.



Bob semestinya yang berdiri sebelah aku tu. Comel bukan?

Note : apasal selama ni aku tak rasa aku pendek pun?

.

11 May 2009

Selamat Hari Ibu


Khas buat ibu yang juga teman sejati, rakan karib, kawan gosip dan segalanya bagiku...

Selamat Hari Ibu

Terima kasih kerana menjadi ibu terbaik dalam dunia.. ;)