19 May 2009

i miss'em!

Aku bukan la takde keje. In fact baru habis meeting tadi dengan Bob and Nick. Tapi tadi saje2 je tengok friendster adik2 aku. The old pictures make me smile.. ;) Gambar2 yang tak berapa 'old' pun but not that recent jugak..


masa ni tahun 2007, cuti2 dalam negeri sahaja.. haha. Ayah memang suka buat gaya macho sebegitu. Aku tak tau la ayah malu nak tengok camera ke apa. Tapi setiap kali orang nak snap mesti nak tengok tempat lain.. aihh..


Ini budak kakcik. Ni gamba 3 tahun lepas kot. Degil budak nih kekadang.. tp manja terlebih.. haha. Tapi dia ada keupayaan yang tinggi untuk buat dek je walaupun time kene marah. Kental btl.. :p She's now in her industrial training kek Soromban jo..

Ni budak kakteh... gamba time dia form 3. Sangatlah outspoken. Pastu kalau cakap jenis yang high pitch punye.. haha. Sangat suka jugak bergaduh dgn ayah and mama. Setiap kali gaduh tu mesti dia yang merajuk ataupun ayah yg merajuk. Dia ni pun manja tak hingat jugak. Kat skolah dulu abes semua jenis tok nenek punye syarahan, pidato, debat, sajak, pantun even syair pun dia blasah, sbb tu ler mulut dia bising sket kot. Tapi kalau dia takde, rumah tu macam sunyi. Dia jugak yg paling ustazah skali.. heheeh.

Haaa yg ni sekarang dah macho. Kecik2 debap. Ni gamba 2 tahun lepas jugak ni. Sekarang seriusss sudah hensem adik heroku ni. Dia sgt sweet and cute. Selalu telefon aku guna italk daripada public phone skolah dia. Sangatlah terharu.
Owh how I miss them soooo much!

14 May 2009

Bob yang comel

Esok ada meeting dengan Bob pukul 1. Aku tak tau la apa benda nak discuss ni. Takkan borak2 kosong kot.

Haa.. aritu Alya suruh letak gambar Bob, dia nak tengok. Gamba yang ada Bob aku ada satu je, tu pun gamba ramai2 masa pegi Vienna.



Bob semestinya yang berdiri sebelah aku tu. Comel bukan?

Note : apasal selama ni aku tak rasa aku pendek pun?

.

11 May 2009

Selamat Hari Ibu


Khas buat ibu yang juga teman sejati, rakan karib, kawan gosip dan segalanya bagiku...

Selamat Hari Ibu

Terima kasih kerana menjadi ibu terbaik dalam dunia.. ;)

6 May 2009

Aku nak buat..

I feel quite convinced that the next small viva would not be another disaster. Tu pun setelah berhempas pulas lately. Well I guess that's how it meant to be. Hopefully semuanya okay.. Ameen..

Aku rindu family jugak 2-3 hari ni. Terasa jeles dengan orang yang selalu ada dekat dengan parents. Aku selalu jauh. Sejak sekolah lagi memang berjauhan. Tapi hati tak pernah jauh kot. Biasanya kemana-mana pun aku pegi, family aku tetap ada dalam hati, in fact they are more than anything else, even myself.

Family aku bukan la orang senang, tapi tak la sesusah mana. Pendek kata, semuanya serba sederhana. Tapi seingat aku, sejak aku kecil lagi tak pernah mama dan ayah hampakan aku. Semuanya disediakan, semuanya cukup. Orang makan best2, aku pun makan best2. Orang pakai baju cantik2, baju aku pun cantik2. Orang beli stationaries, beg baru, kasut baru, aku pun sama. Aku tak pernah rasa terkurang.

Masa skolah rendah aku dan kakcik (adik aku) duduk dengan arwah nenek dan arwah atuk sebab senang nak pegi sekolah. (Kakteh duduk dengan parents sebab masa tu dia belum sekolah, syahmi belum lahir lagi). Tapi tiap2 minggu mama and ayah balik, dan tiap2 hari jugak diorang call kampung tu tanya kitorang buat apa, keje sekolah dah siap ke, ada degil dengan nenek tak, macam2 la soalan standard mama tiap2 hari. Setiap kali mama dan ayah balik bawak macam2. Makanan banyak gile, buah2, coklat, mainan, macam2 la. Time raya, orang sibuk2 kira berapa pasang baju raya, aku ngan kakcik pun tak kalah, ada 5-6 pasang, walaupun kitorang kire sekali dengan baju tidur baru... haha. Best sangat sekolah kat kampung. Pagi2 pegi skolah, balik skolah singgah kedai A'ei (kedai cina kat kampung aku) beli aiskrim, petang2 pegi main, balik main pegi ngaji, balik ngaji tgk tv, lepas tgk tv tido. Keje sekolah buat sebelum perhimpunan hari2 kat sekolah. Hah, mana taknye aku sampai ke sekarang jd last-minuter, sejak kecik2 dah pandai buat camtu..haha.

Lepas habis sekolah rendah, mama dan ayah amik balik kitorang bawak duduk dengan dorang. Aku pun masuk Convent Seremban. Setahun je duduk hostel sebab hari-hari aku paksa mak aku kuarkan aku daripada hostel. Last2 ayah pun surrender je, dorang keluarkan aku dpd hostel. So aku duduk rumah daripada form 2 sampai habis form 3. Form 4 aku dah masuk mrsm Taiping. Lepas habis form 5, masuk matrix kat melaka setahun. Then, UTM 4 tahun. Lepas habis UTM, aku duduk rumah 2 minggu je, lepas tu dah start keje kt Petaling Jaya (Navi & Map). Lepas sebulan keje situ, aku keje kat Resgis pulak, Sri Hartamas sebelum aku further study kat sini. Just imagine, masa aku betul2 lekat kat rumah memang masa form 2-3 je. Itupun nasib baik aku paksa parents aku kuarkan aku daripada hostel. Kalau tak, maknanya rumah aku tu macam istana hinggap je la bagi aku.

Tapi sejauh mana pun aku, mama dan ayah tak pernah lupa call aku. Tak pernah tinggal tanya aku dah makan ke belum. Tak pernah lupa tanya aku sihat ke tak. Cuma bila aku kat sini, aku la kene call kan, mana mampu dorang nak call hari2. Tapi selalu jugak diorang call, walaupun tak lama.

Aku rasa aku jenis independent jugak. Aku tak manja membabi buta. Aku buat benda yang aku boleh buat, dan aku tak harapkan parents buat untuk aku. Maksud aku, benda yang besar2 la. Aku tak suruh ayah hantar aku kemana2, aku tak mintak duit selagi aku boleh survive. Tapi kalau bab2 pasang ubat nyamuk sebelum tidur, halau cicak, memang biasanya ayah yang buat untuk aku.

Family aku dikira mesra la jugak. Kawan-kawan pun ramai cakap macam tu. Ayah dengan mama tak pernah berkasar. Aku tak pernah kene rotan sejak kecik (sebab aku baik kot.. haha). Kat rumah aku tu, suasana biasa je kalau anak2 baring atas riba ayah, biasa je kalau mama suap kitorang makan walaupun semua dah besar2. Kadang2, ayah yang keringkan rambut aku pakai hair dryer, sebab aku malas nak buat. Kadang2 bila semua orang malas nak keringkan rambut masing2, ayah akan buat semua. Start daripada rambut mama, aku, kakcik, pastu kakteh. Syahmi tak perlu la kot. Kalau tiba2 aku tak sempat makan sebab bergegas nak keluar, mama pegang pinggan tu, suap sambil2 aku siap pakai tudung, sampai laa aku masuk dalam kereta. Mama kata, "nanti anak mama tak ada la lapar sangat".

Aku selalu senyum, selalu rasa sgt bahagia, selalu kata yang aku bersyukur dikurniakan ibu bapa sebaik dan semulia tu. Aku nak buat yang baik2, aku nak berjaya, aku nak bagi mama dan ayah senyum lebar2 sampai telinga. Walaupun memang aku tak dapat nak balas semuanya, sekurang2nya, aku nak diorang rasa lega ada anak macam aku.

Kenapa aku tak pernah terfikir untuk suap mak aku makan, untuk sikat rambut ayah aku? Aku nak buat benda-benda tu balik nanti.

Aku nak buat, tolong ingatkan aku.

4 May 2009

Pelangi


Cantik kan pelangi ni?

Aku snap daripada tingkap ofis kt school. Sebelum tu macam mendung, then hujan, bila lepas hujan tu ada matahari yang terang benderang and muncul la pelangi yg sangat cantik juga.. :p.

Kalau tak hujan, camana nak ada pelangi betul tak?

Manalah pelangi aku tak muncul-muncul ni.. hahaha!