27 July 2009

Awak rajin tak berdoa?

Hari ni tak lah seproduktif mana. Cuma sempatlah aku siapkan apa yang Bob nak untuk paper yang sedang dikerjakan. Macam biasa, I do the technical bits!

Sejak balik dari Paris, baru hari ni lah aku pegi skul. Khamis dan Jumaat lepas dengan selamba-tak-makan-saman nye berehat di rumah menghilangkan keletihan berjalan2. (Owh mama, maafkan anakanda sebab ponteng skolah.. :p )

Kat skul, sewaktu meng'run'kan simulation sambil2 berbual2 dengan sorang kawan, muncul satu soalan,

"Awak rajin tak berdoa?" tanya kawan ni.

Terkedu sekejap. Macamana aku nak jawab soalan ni? "Ye sy rajin.." - nampak macam tipu. "Doa lah jugak sikit2.. " - bunyinya macam doa nak taknak. Macamana aku berdoa selama ni?

Teringat aku macamana mama dan ayah berdoa. Setiap kali berdoa, aku nampak air mata yg bercucuran. Baik mama, baik ayah. Ada satu masa, aku nampak mama dan ayah berjemaah. Aku dengar doa. "Ya Allah, ubatilah luka di hati cahayamata kami.. etc.. etc.. etc..". And I burst into tears. Aku sedih aku menangis, sepatutnya aku berdoa.

Aku nak juga doa sungguh2.. doa macam bercakap dengan Tuhan. Bukan doa yang kelam kabut. Bukan sekadar 'doa default' yg automatik terkeluar setiap kali selepas salam. Apa yg kurang?

Terima kasih kepada yg mengingatkan. :)

Semoga lepas ni, dalam doa ada 'hati'..

19 July 2009

Bye-bye I am leaving for Paris

Hari isnin pagi kaki aku akan berpijak di bumi Paris. Maka dengan itu email Bob sudah tidak diperdulikan lagi, hahaha. Tapi baju and tudung sume belum gosok lagi, toiletries x prepare lg, barang x pack lagi. Tiket2 semua dah suruh kak shidah yg tlg simpankan. Semoga kejadian terlepas flight takkan berulang lagi.. muehehhe..

Okay kawan2, mari kita saksikan satu clip yg agak comel.



See u guys when I get back!

17 July 2009

memetik buah

Hari ahad lepas kitorg pegi memetik buah kat area Herefordshire. Sampai ke harini muka aku berbelang, sunburn punye pasal la. Aktiviti memetik buah sangatlah syok, sebab sambil petik sambil masuk mulut... ahaha (keji kan). Kak Shidah ialah photographer of the day, skarang sudah agak pro nampaknye.. hehe.

Tadi aku balik dari skul agak lambat. Bukan sebab buat keje la tapi, ntah hape2 yg aku buat. Sedar2 dah malam. Games kat fb (seperti Farm Town) tu la punye pasal. Bikin gua tak senang duduk untuk concentrate. Esok ni ada meeting dgn Bob pukul 4 petang. Kire ok la kot pegi tghari, sempatlah menyiapkan point2 menggoreng seperti biasa.

Demam MJ ternyata belum habis. Tiap2 malam melayan mv dia lagi. Playlist dalam winamp ni still lagi lagu2 MJ, semata2 MJ. Bob kata, ini sangat teruk.. haha.

Ni ada gambar2 memetik buah (dan berposing) untuk tatapan korang sebelum I'm off to bed!





15 July 2009

I am back!

Owh sangat kesian kan dengan blog ni, telah lama ditinggalkan. Last entry bertarikh 19 May, maknanya dah dekat 2 bulan ni aku mendiamkan diri. Sori ye kawan2.

Bulan May aritu sangat lah bz, mmg bz keterlaluan sampai terpaksa melakukan aktiviti luarbiasa iaitu berada di skul sampai pagi.. haha, sangatlah bukan efa kan. Semua pasal reviva la tu, skarang Alhamdulillah semua dah lepas (dah lepas sejak 11 june lagi :p ).

Lepas kebizian melanda tu, berita kematian Michael Jackson tersangatlah membuatkan aku tibe2 berdukacita. Sebelum tu siap ada niat nak beli tiket konsert MJ dpd si bobo. Nampaknya mmg tak kesampaian la sampai bile2 kan. Takpe la, dah ada 5 dvd dalam simpanan (maaf ye cik2 housemates kerana mengulangtayang berkali2.. haha.

Apa la kbr member2 yg lain eh? Banyak tahniah yang belum disampaikan ni. Rasanya lg senang kalau aku listkan je:

1. Tahniah untuk Kak Shida sebab dapat kerja baru kat Perak.. mestiii hepi kan dapat duduk dekatt kampung.. hehehe. Kene mintak belanja ni.... :p

2. Tahniah untuk Kak Ct atas kelahiran hero yg comel, dgr cerita kak Ct dah dapat mengajar kan, tahniahhh tau. (nak tgk babyyy :p )

3. Tahniah untuk Alya Marlina n her husband on their wedding, semoga bahagiaa dunia dan akhirat..

4. Kak Enu, tak sure dah deliver ke belum, tapi kalau dah nak ucapkan tahniah la jugak.. hehe. Teringin nak tengok anak buah baru.. :p

5. Tahniah yg terlewat untuk acam jugak.. hehehehe.. ibu Darwish dah jadi cekguuuuuuu..

6. Tahniah zila.. on her wedding (dah lama dah, tapi rasanya belum ucap tahniah lagi). Zila, dah ada berita gumbira lum?? heheheheeh


Note : kalau ada yg tertinggal akan di update kemudian.