Hari ni pukul 6.06 pagi dah habis waktu Subuh. Disebabkan terpaksa bangun dengan sangat awal, maka macam biasalah, lepas Subuh aku confirm sambung tidur (sedangkan kalau waktu subuh lewat pun aku macam tu).
Siangnya aku tak kemana. Sedikit rajin, aku masak untuk lunch. Masak lemak cili api telur dan kobis goreng kicap. Kalau nak dikirakan nisbah aku masak dengan Kak Shidah masak, rasanya 1:10. Sepuluh kali Kak Shidah masak, sekali aku masak. Nasib baik Kak Shidah tak kisah.
First Year Review sepatutnya dah berakhir 19 hb, Khamis lepas. Tapi internal examiner ada field work pulak, last minute notice. Disebabkan tu, review ditangguhkan lagi sampai 20 April. Aku diberi masa untuk hantar report paling lewat 19 hb March 4 petang. Memandangkan perangai aku yang terlalu suka berfoya2 ni, maka sekali lagi aku terpaksa menyiapkan report dengan cara pulun-sampai-nak-mati. 20 jam aku menaip report, tanpa berhenti kecuali untuk solat. Makan pun sambil menaip, mandi memang tak la. Sapa suruh buat kerja last minute, padan muka aku kan.
Dan report tu aku submit dengan sangat leganya hari Rabu pagi (18 March). Dah cek ala kadar sebelum hantar. Lepas hantar, aku tak tengok balik report tu. Dan baru sekejap tadi, bila aku check, rupa2nya diagrams numbering berterabur. Figure 1, 2, 3 dah ok... bila Figure 4, tiba2 labelled as Figure 2 pulak. Jadi, Fig 5 dah tertukar ke 3, Fig 6 tertukar ke 4,. and on and on it goes.
Aku dah tak tau nak cakap apa. Sebulan internal examiner akan pegang report aku. Kalau dia cek teliti-nak-mati, habislah!
Macamana kalau dia terus hilang mood untuk baca report aku?
Macamana kalau disebabkan messed up numbering tu, dia pandang aku macam orang yang buat kerja ala kadar? (aku buat last minute, tapi sumpah bukan ala kadar)
Macamana kalau dia tak baca pun report aku betul2, tapi disebabkan numbering tu, dia kata "Your report sux!" ???
Report tu cacat. Aku dah rasa macam nak nangis. Sangat takut kot ni. :(
2 comments:
ala zaifa, perkara biasa la tuh imperfection. Even kalu dah teliti betui2 pun, bila printing lak cacatnya. Ada aje yang silapnye. Memamng payah nak perfect pun dalam sekali try. Kene 5kali print baru nampak perfect, tuh pun mesti ada bende yang kene buat2 tak nampak (based pengalaman akak print thesis Msc ritu la..hehehe). DOon't worry
kak wanii.. sy sgt takut tau sbnrnye.. huaaa.. huaaa
Post a Comment